#17 Penghijrahan

 
Sempena sabtu yang penuh berkat ni, KD nak cerita tentang penghijrahan .Penghijrahan terbahagi kepada 2 yee kawan-kawan .
1.Buruk ke Baik 
2.Baik ke Buruk 
Tapi hari ni , KD nak cerita yang Buruk ke Baik jelaa .Fokus utama KD ialah artis wanita . Sebab kite susah nak tengok artis lelaki berubah .Bukan bermakne lelaki tak berubah langsung, cuma tak obvious laa .
Sekarang ramai artis wanita sudah bertudung secara kekal . Bertudung dengan bermacam-macam sebab .

ANNE HOTFM
Bekas Dj Hotfm ni bertudung setelah berkahwin dengan Nik Mahathir Zainuddin.

IRMA HASMIE
Bertudung setelah menempuh pelbagai kontroversi terutama sekali setelah putus cinta dengan Ahmad Nabil Ahmad yang kini telah bergelar suami orang .Irma mula aktif  dengan kumpulan usrah .

RAJA FARAH
Juga bertudung setelah berkahwin dengan Megat Bashirun . Mereka berkahwin secara mengejut yang telah menyebabkan sesetengah pihak beranggap mereka mempunyai anak luar nikah .

DIANA AMIR
Baru sahaja bertudung . Katanya Diana seringkali mimpikan kiamat sejak 3 bulan lalu hingga menyebabkan pintu hatinya terbuka untuk bertudung .

KD rase ramai lagi artis wanita yang dulunya 'free hair' tapi sudah bertudung .Contohnya, Nora, Farah AF2, Sheila Rusly, Liza Hanim, Catriona Ross, Anne Ngasri dll .
Apapun alasan kenape mereka bertudung, yang penting nawaitu diri dah betul . KD doakan lebih ramai lagi artis wanita Malaysia yang bakal bertudung . Artis ikon/idola peminat mereka . Mana tau akan menjadi ikutan.
Dapat pahala ;)


#Lebih baik dapat seru untuk bertudung, daripada seru dari MALAIKAT IZRAIL yang berkata
 ' Masanya sudah tiba, wahai anak cucu Adam' .

No comments: