#3 Adik Angkat Zizan Bakal Tunang Ally Iskandar ?

Ally Iskandar & Nur Aishah Zainal telah bertunang pada 11 Februari yang lalu . Namun, mereka dikatakan sah putus tunang pada 30 Julai setelah 5 bulan mengikat tali pertunangan . Dipetik dari kenyataan Ally sendiri , punca putusnya pertunangan mereka adala tiada keserasian .


“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar.”
“Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”
(Tinggal kenangan)
Namun, belum cukup reda kontroversi itu . Ally Iskandar dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta bersama seorang gadis yang katanya merupakan ADIK ANGKAT Zizan Raja Lawak .
(Gambar ketika Farah datang beraya di rumah Zizan di Terengganu)

Ni laa dia gadis yg bertakhta di hati Ally sekarang . Farah Lee namanya . Adik angkat Zizan tau . Jangan main-main .
Mungkin ramai yg tak tau bahawa sebenarnya Farah Lee sendiri mengaku bahawa dia adik angkat Zizan . Dipetik dari laman FB miliknya dia berkata ...
“Farah anak angkat family Zizan,” dan dia turut menjawab mengenai statusnya bersama Ally Iskandar, “Abang juga,”.

(Lagi gambar Farah bersama keluarga Zizan .)

Farah Lee bersama Ally Iskandar.

Nampak secocok ! Nasihat KD jangan laa bercinta lama-lama . Tunang pon tak payah sampai 5-6 bulan .Orang kata dugaan dia banyak . Agak-agak berkenan tu kawin jee terus. Tak payah buang masa . Boleh timbulkan fitnah !


#haih . Lelaki lelaki . Cepat betul cari pengganti -.-Yang merananya perempuan .Ntah2 sebab ni kot Ally putus dengan Aishah ? Opppsss .

No comments: